Tokoh Islam – Fairuzabadi


Al-Qamus Al Muhith

Al-Qamus - Al Muhith

Fairuzabadi adalah tokoh islam yang begitu menginspirasi ayahandaku (Alm. Said Alwy) yang seorang dosen bahasa  arab, sampe-sampe aku anaknya diberi nama yang sama seperti beliau. Aku sangat teringat ketika waktu kecil beliau mengggelariku “si kamus “. Baru-baru saja aku memahami mengapa ayahku menggelariku demikian. Ternyata beliau sang tokoh Fairuzabadi adalah Imam  Al-lughah (ulama sastarwan) yang sangat terkenal dengan karyanya “Al-Qamus”. Tertarik mengetahui siapa tokoh islam yang satu ini? Berikut biografi tokoh Islam Fairuzabadi  yang dikutip dari berbagai sumber.

Fairuzabadi ialah seorang ulama yang tawaduk, luas ilmunya di samping mendapat julukan sebagai salah seorang tokoh bahasa dan sastera. Beliau dilahirkan di Kazrawan sebuah kampung berhampiran Syiraz, Iran pada tahun 729 H/1329 M. Nama sebenarnya ialah Abu Tahir Muhammad bin Yakkub bin Muhammad al-Fairuzabadi.

Sejak berusia lapan tahun, Fairuzabadi telah mulai belajar bahasa dan sastera secara mendalam dari ayahnya sendiri dan al-Qawwam bin Najm serta ulama-ulama terkenal lainnya di Syiraz. Minat beliau terhadap bahasa sangat besar, sehingga mengatasi teman-teman lainnya. Beliau juga belajar ilmu feqah, mendengarkan hadis-hadis Sahih Bukhari dari Muhammad bin Yusuf al-Zarandi dan mengkajinya secara mendalam.

Sanggup Membeli Buku Walau Harganya Mahal dan Sukar Didapati

‘Tidak ada masa tanpa buku’ ialah semboyan dalam hidup Fairuzabadi yang selalu dahagakan ilmu itu, sehingga beliau boleh dikatakan sebagai ‘kutu buku’ yang kuat. Minat beliau terhadap buku-buku sangat besar sehingga sanggup membelinya walaupun harganya sangat mahal dan sukar didapati. Beliau berani mengeluarkan wang berapa saja untuk sesebuah buku yang diingininya.

Diceritakan bahawa beliau sentiasa berdampingan dengan buku-bukunya sama ada ketika menetap di suatu tempat atau sedang dalam perjalanan. Jika beliau berpergian selalu kelihatan membawa beberapa buah peti yang penuh dengan buku. Beliau akan membaca buku-buku yang dikehendakinya setiap kali berhenti rehat, kemudian ditutupnya dan meneruskan perjalanannya.

Selain terkenal kerana alimnya, Fairuzabadi juga terkenal kerana borosnya, tidak berkira dalam membelanjakan hartanya terutama untuk membeli buku. Apabila sudah tidak punya wang langsung untuk membeli barang keperluan asasnya, beliau menjual beberapa buku koleksinya dan membelanjakan wang hasil dari jualannya itu. Apabila sudah punya wang, beliau membeli buku lagi. Begitulah seterusnya.

Karyanya

Karyanya yang sangat terkenal ialah Al-Qamus (Al-Muhit), yang telah mendapat sanjungan di serata dunia Islam dan merupakan buku yang paling banyak ditatapi oleh para penulis.

Menetap Di Zabid Sehingga Wafatnya

Ketika berusia lima puluh tahun, Fairuzabadi mengembara ke berbagai negara. Mula-mula pergi ke Syria dan tinggal di sana beberapa masa. kesempatan itu telah digunakan oleh orang ramai untuk mengambil ilmu daripada beliau dan namanya menjadi terkenal.

Fairuzabadi pula mengambil kesempatan untuk bertemu dengan ulama-ulama terkenal di Syria seperti Ibnu Qayyim, Ibnu al-Hamawi, Ahmad bin Mattar An-Nablusi dan lain-lain. Kemudian beliau mengunjungi kota Kaherah dan beberapa kota lainnya di belahan utara sehingga sampai ke India.

Setelah itu, beliau berziarah ke kota Zabid di Yaman dan disambut dengan penuh penghormatan oleh Sultan al-Asraf Ismail bin Rasul yang memerintah Yaman ketika itu. Kebetulan Kadi Besar Yaman iaitu Jamaluddin Ar-Rini baru saja wafat, maka Sultan melantik Fairuzabadi menjadi Kadi Besar. Hubungan Fairuzabadi dengan Sultan Yaman bertambah rapat lagi, kerana seorang puteri Fairuzabadi yang sangat cantik jelita telah dikahwin oleh Sultan Yaman itu.

Diceritakan bahawa Fairuzabadi pernah mempersembahkan sebuah karyanya kepada sultan di dalam sebuah dulang. Sultan telah memenuhkan dulang tersebut dengan wang dirham dan diberikan kepada Fairuzabadi sebagai balasannya. Beliau menetap di Zabid sehingga wafat. Beliau wafat pada tahun 1415 M.

3 thoughts on “Tokoh Islam – Fairuzabadi

  1. salam,.
    dimana ya bisa saya dapatkan qamus al-muhit, soalnya udah lama saya cari2 blom dpat..
    syukran
    jazakallah
    anwar (mhs iain ar-raniry banda aceh)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s